Wednesday, June 24, 2009

Rejab

Just wanted to share this with everyone..

BULAN REJAB




Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab.
Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa
di sebalik bulan Rejab itu.Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw
telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah
bulan ALLAH swt, maka:"


1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan
ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari
ALLAH swt


2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj
(Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun
berpuasa


3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab
akan mendapatkemuliaan di sisi ALLAH swt



4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal
1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt
akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan
menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat


5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah
permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah



6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan
7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari
maka akan dibukakan 8 pintu syurga


7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka
ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu
dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan
barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt
akan menambahkan pahalanya.

"Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat

sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk
dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya
bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?

"Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah
untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan
Rejab ini."


Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami
berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur,
lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat
sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya
bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau
menangis?"Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu
sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada
ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.



"Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka
ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam
saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam
kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya
berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan
Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?


"Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah
mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan
perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat
malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt,
kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu
tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."



Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara


1. Waktu Muda sblm Tua


2. Waktu Sihat sblm Sakit


3. Waktu Lapang sblm Sibuk


4. Waktu Kaya sblm Miskin


5. Waktu Hidup sblm Mati


Insyaallah..mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.



2 comments:

aNIe said...

Lara...terima kasih kerana berkongsi sesuatu yang boleh dimanafaatkan bersama

Laracroft74 said...

Kak Anie,

sharing is caring.. ilmu yag baik elok kita kongsi sama sama..